Selasa, 27 Mei 2008

Cara mengulangkaji yang baik

Sebagai pelajar adalah penting bagi kita untuk mengetahui dan mengamalkan cara mengulangkaji yang baik agar pelajaran mudah diingatdan difahami. Berikut ialah cara-cara mengulangkaji yang baik:

  1. Membaca dan menyemak nota-nota bahan-bahan pelajaran. Lengkapkan yang kurang. Ini akan memantapkan kefahaman dan ingatan anda terhadap subjek berkenaan.
  2. Membaca buku teks. Tujuannya untuk memastikan anda benar-benar faham setiap prinsip, isu dan fakta yang dimuatkan.
  3. Menjawab soalan-soalan latihan atau kerja rumah yang guru berikan. Ini akan membolehkan anda menguji kebolehan anda menjawab soalan yang sama dalam peperiksaan.
  4. Mengkaji contoh-contoh jawapan peperiksaan tahun lepas bersama skima jawapan. Ini akan membolehkan anda membiasakan diri menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan lebih yakin dan pantas.
  5. Menjawab soalan-soalan yang berbentuk objektif. Ini akan membolehkan menge-tahui soalan-soalan yang anda sudah tahu menjawabnya dan soalan-soalan yang mengelirukan agar semasa peperiksaan jika soalan yang sama keluar, anda akan dapat menjawab dengan yakin.
  6. Bersoal jawab bersama-sama rakan. Selain ini membolehkan anda mengenalpasti sama ada anda sudah cukup bersedia atau tidak menghadapi peperiksaan, pada masa yang sama, anda juga boleh mendapat penjelasan tentang bahagian-bahagian yang anda kurang faham dari rakan anda yang mungkin sudah menguasai bahan pelajaran itu.
  7. Membina peta minda agar subjek mudah difahami dan diingati

0 comments:

Berita Semasa

Sembang Maya